Sejarah Awal Joseph Goebbels

Dilahirkan pada 29 Oktober,1897 di Rheydt, sebuah pekan sederhana besar di Ruhr, beliau dibesarkan dalam satu keluarga kelas sederhana beragama Roman Katolik. Walaupun beliau tempang dan bukannya seorang yang menarik, beliau dianugerahkan kebijaksanaan dan kemahiran berpidato dengan baik. Beliau banyak meluangkan masanya untuk belajar dan mata pelajaran yang diambilnya di peringkat universiti adalah falsafah, sejarah, seni dan kesusasteraan. Pada 1921, beliau telah menerima ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Drama dari Universiti Heidelberg.

Sungguhpun beliau begitu membuat pengajian dalam bidang seni dan kesusasteraan, beliau pada mulanya gagal sebagai penulis buku dan skrip teater. Beberapa karyanya telah ditolak. Beliau juga tidak berjaya menjadi seorang wartawan apabila permohonannya ditolak oleh suratkhabar liberal Berliner Tageblatt. Namun demikian, beliau telah dapat bekerja di bank dan juga bursa saham.